e-kasih, PPRT dan Projek Cari kg. Paris1

Kepada penduduk kampung yang ingin mendaftar e-kasih  khususnya penduduk Kg. Paris 1 boleh berjumpa dengan Pengerusi JKKK Kg. Paris 1 bagi mendapatkan Borang. Pihak JKKK sedang berusaha mengenal pasti penduduk yang memerlukan bantuan e-kasih. Hanya untuk penduduk yang benar-benar layak sahaja dibenarkan untuk memohon.

Permohonan e-kasih dan PPRT.

Disemak daripada Pejabat Daerah Kinabatangan Pada 01/03/2010

Seramai 16 orang yang telah berdaftar didalam e-kasih dan seorang daripadanya telah menerima PPRT rumah dan itik, 1 menerima rumah PPRT, 1 menerima rumah yang di salurkan oleh Yayasan Sabah dan dua orang menerima bantuan Itik Penelur.

JKKK Kg. Paris 1 telah mengenal pasti penduduk Kampung khususnya masyarakat Kg. Paris 1 yang memerlukan bantuan tangki dan zink. Seramai 47 orang memerlukan bantuan tangki dan 41 orang memerlukan bantuan zink. Permohonan telahpun dibuat....

Seramai 64 orang telah dikesan melalui kes Permohonan Bantuan Sosial melalui Projek cari pada tahun 20009 iaitu sebanyak 16 kes Warga Tua, ibu tunggal 2 kes, Balu 8 kes, kemiskinan 1 kes, memohon rumah PPRT 13 Kes dan 13 memohon baik pulih rumah.

Makluman.

Pada 01/03/2010

Pihak JKKK Kg. Paris 1 telah pun berjumpa dengan salah seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk meminta Status Permohonan Kebajikan terkini penduduk Kg. Paris 1. Pihak kebajikan tersebut meminta agar wakil daripada UPKR N. 48 Sukau datang sendiri untuk menyemak Status Permohonan tersebut.