Selasa, 9 Mac 2010

SEJARAH PENUBUHAN KG.PARIS




Kampung Paris telah ditubuhkan pada tahun 1975. Jalan perhubungan pada masa itu ialah malalui sungai. Kampung tersebut telah diasaskan oleh Allahyarham Hj. Tujoh Bin Silabi dan orang kanan nya iaitu En. Sh. Mislin Sh. Bakir. Merekalah yang bertanggungjawab diatas penubuhan Kampung tersebut dan beberapa orang pengikutnya yang lain. Kampung PARIS berasal daripada singkatan perkataan PERKAMPUNGAN ANAK RAKYAT ISLAM SABAH yang telah diberinama oleh isteri Allahyarham iaitu Hajah Itamah Binti Ottoh. Kini, Kampung Paris terbahagi kepada 7 peringkat [ Kampung ] dan mempunyai seramai 7 orang Pengerusi JKKK dan berada didalam 1 Mukim iaitu Mukim Paris. Mukim Paris ditadbir oleh seorang Pemaju Mukim Iaitu En. Samry Sher Mohamad dan seorang Ketua Kampung Mukim Paris iaitu En Sh. Mislin Sh. Bakir yang merupakan salah seorang pengasas kampung tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan